Thursday, July 10, 2008

Nora Danish Bercerai?


Nampaknya benarlah angin gosip bertiup kencang mengatakan rumah tangga mereka tengah bergolak selepas dilanda dengan pelbagai gosip, akhir-akhir ini. Paling menjadi isu hangat tentulah gosip perang dingin serta tuduh menuduh antara Nora dan Fasha Sandha selepas Fasha dikatakan 'berkawan' dengan suami Nora. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini sudah menetapkan tarikh 12 Ogos 2008 untuk mendengar kes tuntutan cerai yang dilafaz suaminya, Rizal, atau nama timangannya, Jejai.Nora dan Jejai berkahwin 20 Jun 2006 dalam satu perkahwinan yang sungguh meriah dan dihadiri oleh ramai kenamaan. Turut berangkat Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ketika ini Jejai mengusahakan restoran makanan Barat selain menguruskan agensi pelancongan di ibu negara.

0 comments: